fb fb fb fb fb

Hati rasa 'tak sedap' ketika anak beritahu sertai perkhemahan- Ibu mangsa

ULU YAM, 16 Disember- "Ketika anak beritahu mahu menyertai perkhemahan, saya rasa tidak sedap hati," kata Tan Ah Choe, ibu kepada salah seorang mangsa kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali.

Menurut Ah Choe, kali terakhir dia bertemu anaknya, Hong Mei Jing ialah tiga hari lepas ketika mangsa pulang untuk makan bersama di rumahnya di Sekinchan.

"Ketika dihubungi oleh adiknya semalam, dia (mangsa) hanya berkongsi kegembiraan dapat berkhemah bersama rakan-rakan guru.

Melalui panggilan video, dia kelihatan sungguh ceria selain menunjukkan kawasan perkhemahan tersebut," ujranya.

(Tan Ah Choe menunjukkan foto anaknya yang menjadi salah seorang
mangsa dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali)

Tambah Ah Choe, sehingga kini nama anaknya masih tiada dalam senarai mangsa yang dilaporkan di Balai Polis Ulu Yam.

Meskipun nasib anaknya belum diketahui, warga emas berusia 66 tahun itu masih menaruh harapan agar mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

Mei Jing yang berusia 38 tahun merupakan salah seorang guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong.

Media Baharu