fb fb fb fb fb

Zii Jia pilih jenama Victor sebagai penaja

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Lee Zii Jia mengikat kontrak bersama jenama barangan sukan dari Taiwan, Victor sebagai penajanya.

Kedua-dua pihak mengesahkan kerjasama mereka menerusi laman media sosial masing-masing hari ini.

Namun perincian berhubung kontrak tidak didedahkan.

Laman Instagram rasmi milik syarikat berkenaan menaikkan status mengalukan-alukan kehadiran semula Zii Jia bersama mereka selain bangga dapat bekerjasama semula.

"Victor bukanlah jenama asing buat Zii Jia memandangkan syarikat berkenaan pernah menjadi penaja utama kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama enam tahun bermula 2015 hingga 2021," kata syarikat itu menerusi hantaran di laman IG.

Victor juga merupakan penaja kepada pemain wanita nombor satu dunia, Tai Tzu Ying dari Taiwan; pasangan beregu lelaki nombor dua dunia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dan Persatuan Badminton Denmark.

Media Baharu