fb fb fb fb fb

Zahid rasmi pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025

Foto Facebook Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi

JAKARTA, 22 April – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, hari ini merasmikan pelepasan konvoi ASEAN Unity Drive 2025 di Kedutaan Besar Malaysia di sini, sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke Indonesia.

Inisiatif yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan sokongan PROTON itu menandakan permulaan perjalanan sejauh 9,000 kilometer merentasi sembilan negara ASEAN bagi mempromosikan integrasi serantau, mobiliti lestari, dan inovasi.

Konvoi yang diketuai oleh kenderaan elektrik Proton e.MAS 7 itu turut disaksikan oleh Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, serta wakil-wakil diplomatik Malaysia.

Program tersebut juga simbolik kepada peranan Malaysia dalam memacu pembangunan mampan dan memperkukuh kerjasama serantau menjelang Kepengerusian ASEAN 2025.

Sebelum ini pada Isnin, beliau membincangkan hal ehwal halal, tenaga kerja, nelayan, isu serantau dan Palestin semasa pertemuannya dengan Naib Presiden Indonesia Gibran Rakabuming Raka.

Ahmad Zahid dijadual mengadakan sidang media sebelum kembali ke Kuala Lumpur, petang ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD