KUALA LUMPUR, 9 Februari - Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) tampil membantu membaiki bumbung rosak membabitkan 46 unit kediaman di Rumah Pangsa Taman Melati.
Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Datuk Zaizalnizam Zainun berkata pihaknya telah memperuntukan sejumlah RM500,000 bagi tujuan tersebut.
Katanya, kerja-kerja baik pulih dijangka selesai hujung bulan ini.
"Diperingkat Yayasan Wilayah, kami disini diarahkan oleh YB Menteri dan kepimpinan untuk membantu bagi memastikan bahawa keselesaan penduduk terjamin dan juga kebajikan penduduk terjaga.
"Itu yang telah kita laksanakan di peringkat Yayasan Wilayah dan Insyallah kita akan pastikan bahawa penduduk ini dapat atap baru," katanya ketika ditemui di Flat Taman Melati, di sini.
Tambahnya, YWP turut menyumbangkan barangan keperluan asas kepada 46 keluarga terjejas.