fb fb fb fb fb

Kes kematian dalam tahanan, Polis lakukan siasatan secara telus tanpa kompromi

BUKIT AMAN, 9 Februari - Sebanyak tujuh kes kematian dalam tahanan telah direkodkan dan disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini.

Kes tersebut dikendalikan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dibawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang mula beroperasi Januari lalu.

Pengarah (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata daripada tujuh kes yang dilaporkan, empat daripadanya adalah kematian di dalam lokap, dua kes meninggal dunia ketika di hospital dan satu kes meninggal dalam perjalanan ke hospital.

"Satu kes kematian dalam tahanan yang berlaku di Taiping, Perak telah pun dituduh di Mahkamah.

"Manakala hasil siasatan 6 kes lagi telah pun diajukan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut sama ada memerlukan inkues ataupun sebaliknya," katanya dalam sidang media, di sini.

Tambahnya,PDRM komited untuk memastikan setiap kes kematian dalam tahanan disiasat secara telus tanpa sebarang kompromi.

Media Baharu