fb fb fb fb fb

Banjir di Pitas pulih sepenuhnya, dua PPS ditutup


KOTA KINABALU, 9 Februari
- Banjir di Pitas, Sabah pulih sepenuhnya apabila dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terakhir di daerah itu, ditutup sepenuhnya tengah hari tadi.

PPS berkenaan membabitkan Dewan Kampung Kusilad dan Dewan Kampung Sinukab.

Perkembangan itu membolehkan kesemua penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing.

Pagi tadi, kedua-dua PPS itu menempatkan 559 individu terjejas daripada 183 keluarga.

Mereka merupakan penduduk Kampung Kusilad, Kampung Desa Seberang, Kampung Kanibongan, Kampung Boribi dan Kampung Untang-Untang/Mulung Kulung.

Media Baharu