fb fb fb fb fb

COVID-19: Markas Divisyen Kedua Infantri sedia terima arahan, hadapi sebarang kemungkinan


BAYAN LEPAS, 9 Februari- Markas Divisyen Kedua Infantri bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika menerima arahan penugasan berkaitan kawalan pencegahan COVID-19.

Komitmen itu disuarakan Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri.

Jelas beliau, dengan peningkatan ketara kes COVID-19 dalam negara, pihaknya akan memberi kerjasama terbaik dalam usaha mengekang penularannya.

"Sekiranya ada arahan daripada pihak atasan, kami bersiap sedia untuk melaksana apa jua arahan sebagaimana kita laksanakan semasa COVID-19 pada tahun-tahun lepas," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri Program Derma Darah Sempena Hari Ulang Tahun Dua Divisyen ke-53 di Kem Tun Razak, Bayan Lepas.

Program dianjurkan dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang.

Seramai 160 anggota Dua Divisyen dan kakitangan awam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat untuk membantu menambahkan bekalan darah di hospital sekitar Pulau Pinang.

Media Baharu