ALOR GAJAH, 9 Februari - Sebanyak 17 permohonan memperbaharui kad pengenalan dan sijil lahir diterima Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Melaka sejak Januari sehingga kini.
Ia menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang dilaksanakan oleh JPN.
Pengarah JPN Melaka, Norazle Sulaiman berkata program tersebut dilihat telah memberi impak positif apabila sepanjang tahun lalu sebanyak 60 permohonan telah diproses.
"Kita juga turun padang pergi ke rumah mereka yang ada masalah mendaftarkan kelahiran.
"Mereka ini kebanyakan mempunyai masalah keluarga, pengangkutan dan masalah lain, jadi dengan cara ini JPN turun padang membantu rakyat menyelesaikan masalah mereka," katanya ketika ditemui di Taman Pengkalan Indah, di sini.
Tambahnya, program tersebut juga sebagai pemudah cara kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, pesakit yang terlantar dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.