fb fb fb fb fb

PM doakan kesembuhan buat Tan Sri Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA, 9 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi kesembuhan selain turut mendoakan Muhyiddin sekeluarga dilindungi Allah SWT.

Perdana Menteri menyampaikan ucapan dan doa itu menerusi akaun twitternya.

Terdahulu, Muhyiddin menerusi akaun twitternya mengesahkan dijangkiti COVID-19.

Katanya, pengesahan itu dibuat selepas menjalani ujian RT-PCR yang menunjukkan keputusan positif.

Bagaimanapun beliau hanya mengalami gejala ringan dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Media Baharu