GYEONGJU, 31 Oktober - Pelbagai kemajuan ketara berkait landskap kecerdasan buatan (AI) berdaulat Malaysia berjaya diraih dalam masa 22 bulan sejak Disember 2023.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis ia berupaya mempercepat agenda AI Malaysia, demi kemaslahatan rakyat dan masa depan ekonomi MADANI.
Antara pencapaian utama adalah menyiapkan pusat data AI bertaraf dunia di Kulai, Johor, hasil kolaborasi YTL Power dan NVIDIA.
Perdana Menteri menzahirkan penghargaan kepada Pengarah Urusan YTL Power, Datuk Yeoh Seok Hong dan Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang dalam pertemuan di Gyeongju, Korea Selatan.
Pencapaian lain termasuk penubuhan Pejabat AI Kebangsaan dan pelancaran model AI pelbagai mod tempatan, ILMU.
Dalam pertemuan itu, Datuk Seri Anwar turut menegaskan komitmen Malaysia untuk muncul sebagai antara negara peneraju AI menjelang 2030.
Peranannya, bukan sekadar sebagai pengguna teknologi, sebaliknya pencipta nilai dan pemacu inovasi yang merancakkan ekonomi serta mensejahterakan rakyat.
Menurut beliau, pembangunan AI berdaulat, langkah penting untuk menjamin kedaulatan digital negara.
Selain, membina ekosistem berasaskan kepercayaan berasaskan kepercayaan, keselamatan dan tanggungjawab moral.