fb fb fb fb fb

Malaysia hab inovasi AI, kecemerlangan pusat data, fokus MITI

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz/ BERNAMA

GYEONGJU, 31 Oktober - Usaha meletakkan Malaysia sebagai hab serantau utama bagi inovasi kecerdasan buatan (AI) dan kecemerlangan pusat data, menjadi fokus Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Ia dizahir menerusi pelaburan besar berjumlah hampir RM6 bilion dalam Belanjawan 2026 bagi memperkukuh sektor AI negara.

Jelas Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, aktiviti mempromosi pelaburan strategik dalam infrastruktur AI akan terus dipergiat.

Ia penting bagi memacu misi menerajui transformasi digital.

Penggunaan dan integrasi AI dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitannya, turut dipercepat.

Langkah itu selaras Pelan Induk Perindustrian Negara dalam memperkasa industri untuk meningkatkan produktiviti, daya saing dan kedudukan global.

ROSLINA BINTI DIN