fb fb fb fb fb

Agong perkenan 17 akta yang diluluskan pada sidang parlimen lepas

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober - Sebanyak 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Mei hingga 15 Jun lepas telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata akta-akta berkenaan ialah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Akta Kewangan 2023, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2023, Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.

(Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul)

"Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan 2023, Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2023, Akta Penerangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023," katanya sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pada persidangan Parlimen, di sini.

Johari berkata, akta lain yang turut diperkenan ialah Akta Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023, Akta Tenaga Pemboleh Baharu (Pindaan) 2023, Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023, Akta Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2023, Akta Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No 2) 2023.

"Akta Kesihatan Mental (Pindaan) 2023, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2023, Akta Insolvensi (Pindaan) 2023 dan Akta Pencetakan Teks Al-Quran (Pindaan) 2023," katanya.

Media Baharu