fb fb fb fb fb

Team Xzoga juara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2023

(FOTO IG ISTANA NEGARA)

ROMPIN, 9 Oktober-  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Penutup dan Pengurniaan Hadiah Acara Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2023.

Mengiringi keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda, anakanda Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Naseer Ibrahim Shah.

Turut hadir,Menteri Besar Pahang, Datuk Sri  Wan Rosdy Wan Ismail;  Setiausaha Kerajaan Pahang, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Sri Zulkifli Haji Yaacob;  Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Cik Leong Yu Man; barisan exco Kerajaan Negeri Pahang.

Kejohanan berkonsepkan tangkap dan lepas ini bertujuan mempromosikan sukan memancing ikan layaran di perairan Kuala Rompin yang aktif berhijrah pada Mac hingga September setiap tahun. 

Seramai 13 pasukan melibatkan 49 peserta termasuklah lapan peserta dari Jepun dan tiga peserta Singapura menyertai pertandingan selama tiga hari yang bermula pada 6 Oktober lepas.

Tiga kumpulan dari Malaysia mengungguli kedudukan teratas pada kejohanan kali ini dengan menampilkan Team Xzoga selaku juara dikuti Lemax Pro Team dan LXF-ROH di kedudukan kedua dan ketiga. 

Manakala tempat keempat menjadi milik pasukan dari Jepun iaitu Mutapesca Sammy dan menduduki tempat kelima adalah Kohaku X Trident yang dianggotai peserta Singapura dan Malaysia.

Kejohanan RPBIC 2023 diperairan Kuala Rompin yang dikenali sebagai Billfish Capital of Asia ini menawarkan hadiah wang tunai serta peralatan memancing bernilai lebih RM71,000 keseluruhan.


(FOTO IG ISTANA NEGARA)

Media Baharu