fb fb fb fb fb

Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim salur RM1 juta bantuan banjir

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin menyampaikan bantuan banjir di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra, di sini.

PASIR MAS, 25 Januari- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengurniakan sumbangan RM1 juta smelalui Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim bagi membantu penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Jajahan Pasir Mas melibatkan paling ramai terjejas, menjadi daerah pertama menerima agihan lebih RM150,000 buat 508 penduduk terjejas.

Ia membabitkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Apam Putra, Meranti dan Gual Periok, dengan setiap penduduk menerima wang tunai RM300.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, bantuan akan diagih secara berperingkat.
 
"Bantuan kurniaan daripada Sultan Muhammad V iaitu sumbangan melalui yayasan kepada penduduk terjejas banjir sebanyak RM1 juta, di peringkat pertama kita bagi di jajahan Pasir Mas kerana bilangan penduduk terjejas banjir agar besar," katanya ketika menyampaikan bantuan banjir tersebut, di Dewan Utama, Kompleks Apam Putra, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri sudah bersiap sedia jika berlaku banjir gelombang keempat.

ZEHRA BINTI ZAMBRI