AYER KEROH, 25 Januari- Jualan Agro MADANI di Melaka mencatat nilai jualan RM3.5 juta sepanjang tahun lalu.
Ia melalui pelaksanaan program itu di 304 lokasi seluruh Melaka.
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Melaka dalam kenyataannya memaklumkan program itu juga mencatatkan nilai penjimatan lebih RM1.25 juta kepada 250,000 isi rumah.
Dengan pencapaian itu, FAMA Melaka dipertanggungjawabkan untuk menyelaras 400 penganjuran Program Jualan Agro MADANI di negeri itu sepanjang 2024 dengan sasaran nilai jualan RM4 juta.
Setakat Januari ini, sebanyak 24 Jualan Agro MADANI telah dianjurkan dengan nilai jualan terkumpul RM400,000.