fb fb fb fb fb

Yayasan MyPrihatin sumbang RM20,000 kepada Tabung Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak, HPKK UKM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut meluangkan masa menyantuni kanak-kanak pesakit kanser di HPKK UKM

CHERAS, 14 Februari- Sebanyak RM20 ,000 disumbangkan Yayasan MyPrihatin kepada Tabung Kebajikan Pesakit Kanak-Kanak, Hospital Pakar Kanak-kanak (HPKK) UKM, menerusi Program Ziarah Madani Prihatin Kanser.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Cheras, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut meluangkan masa menyantuni pesakit kanser kanak-kanak di hopsital tersebut.

Beliau yang juga merupakan isteri Perdana Menteri, memberitahu sumbangan tersebut seiring dengan matlamat penubuhan yayasan iaitu membantu golongan yang memerlukan.

“Sumbangan ini kami beri dan terpulang kepada pihak hospital untuk menggunakannya kerana mereka lebih mengetahui bagaimana keperluan yang dikehendaki,"katanya.

Beliau bercakap kepada media selepas memberi sumbangan dan menyantuni pesakit kanser kanak-kanak di Kuala Lumpur.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE