fb fb fb fb fb

Yayasan Bank Rakyat rai 40 anak yatim dan asnaf Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah

KUALA LUMPUR, 30 April - Seramai 40 anak yatim dan asnaf dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah diraikan dalam dalam satu majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Aidilfitri anjuran Yayasan Bank Rakyat.

Menurut Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, ia merupakan program tahunan pada bulan Ramadan bagi menyantuni golongan asnaf dan anak yatim membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Penganjuran program seumpama itu turut menitikberatkan golongan yang memerlukan bantuan terutama anak yatim, miskin dan gelandangan yang kurang mendapat perhatian daripada masyarakat.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, beliau berharap sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah apabila kerajaan telah memberikan kebenaran kepada rakyat untuk pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara.


(Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyantuni anak yatim
dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah)

Beliau turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penerima bantuan serta menasihatkan mereka untuk menjaga kesihatan serta SOP bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Sementara itu, salah seorang penyelia asrama pertubuhan tersebut, Esah Abdullah berkata, pihaknya amat berbesar hati atas sumbangan tersebut serta mengalua-alukan mana-mana pihak yang ingin menyumbang.

Sumbangan boleh disalurkan dengan menghubungi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Baitu Saidati Khadijah di talian 019–363 8441.

Media Baharu