fb fb fb fb fb

YAWAS komited jaga kebajikan warga emas dan OKU

SHAH ALAM, 22 Disember- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) komited memperkemaskan kebajikan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU).

Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) adalah pembaharuan daripada pihak YAWAS dalam memperbanyakkan manfaat kepada golongan terlibat berbanding Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat dan Pemerdayaan Pekerja, Ganabatirau Veraman, bantuan ini terbuka kepada semua OKU tanpa mengira usia.

"Hanya lebih kurang 5.5 peratus sahaja yang berdaftar adalah OKU. Maka, kami juga promosikan kepada golongan OKU supaya daftar program ini untuk mendapat manfaat.

Kita menjenamakan sebagai Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)," kata Ganabatirau ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program SMIS, hari ini.

Bantuan baucer beli belah sebanyak RM150 akan diberi kepada mereka bermula tahun hadapan tanpa perlu mengikut bulan kelahiran.

Tambahnya, khairat kematian sebanyak RM500 akan diberikan kepada waris ahli yang berdaftar.


(Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Sosio Ekonomi, Kebajikan Masyarakat
dan Pemerdayaan Pekerja, Ganabatirau Veraman) 

Media Baharu