fb fb fb fb fb

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital, Teo Nie Ching lawat Angkasapuri

ANGKASAPURI, 22 Disember- Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus memainkan peranan penting sebagai platform utama kerajaan menyampaikan maklumat yang sahih buat negara.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital (KDD), Teo Nie Ching dengan keadaan digitalisasi yang semakin berkembang pesat RTM perlu disesuaikan juga dengan keperluan terkini mengikut peredaran semasa.


(Timbalan Menteri Komunikasi Dan Digital (KDD), Teo Nie Ching menandatangani buku lawatan di Wisma TV, Angkasapuri, hari ini)

Beliau menemui pemberita selepas mendengar taklimat dan membuat lawatan ke Angkasapuri Kota Media hari ni.

Turut dihadiri oleh ahli direktorat tertinggi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan dimulakan taklimat oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran), Putri Joliana Yaacob.

RTM mula ditubuhkan sejak tahun 1946, dan mempunyai 6 saluran televisyen, 34 stesen radio dan platform media baharu.

Media Baharu