fb fb fb fb fb

KDN puas hati dengan semua agensi terlibat banjir

KELANTAN, 22 Disember- Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan kerjasama pelbagai agensi yang terlibat dalam pengurusan banjir di Kelantan.

Menterinya, Datuk Sri Saifuddin Nasution berkata, ia berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan beliau ketika dalam rangka lawatan kerja sehari ke Kelantan hari ini.

 
(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

Tambahnya, pihaknya juga bersedia untuk menambah pelbagai aset sekiranya diperlukan.

Antaranya, bot penyelamat, pacuan empat roda serta aset udara bagi memindahkan mangsa yang terperangkap akibat banjir.

"Kekuatan anggota setakat ini anggaran dalam lapan ratus lebih anggota polis dan rela dua agensi di bawah KDN dalam masa yang sama saya diberi komitmen oleh Datuk Zaki kekuatan tambahan boleh sahaja dikerah walaupun ada anggota polis yang terlibat dengan masalah banjir tapi itu tidak mengurangkan komitmen mereka.

"Jadi aset kombinasi mencecah 800 bergantung kepada keadaan semasa aset itu boleh sahaja ditambah," katanya ketika melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Di Alor Pasir, Tanah merah.

Turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.

Beliau turut menyantuni penduduk yang ditempatkan di PPS berkenaan serta menyampaikan bantuan makanan.

Media Baharu