WUWHS 2026 himpunkan lebih 5,000 peserta dari 82 negara

Menteri Chang Lih Kang bergambar bersama anggota College of Wound Care Specialists pada Kongres WUWHS 2026 di KLCC/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 25 September – Lebih 5,000 peserta dari 82 negara menyertai Kongres World Union of Wound Healing Societies (WUWHS) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kongres menyediakan platform kepada pakar, penyelidik dan industri berkongsi perkembangan terkini dalam penjagaan luka.
  • Lih Kang menekankan kemajuan penjagaan kesihatan memerlukan kerjasama merentas sains, klinikal, penyelidikan, teknologi, industri dan nilai kemanusiaan.
  • Penganjuran membuka peluang bagi Malaysia mengetengahkan kepakaran tempatan dan menjalin kerjasama dalam AI, bahan maju, perubatan regeneratif serta kesihatan digital.
  • Kongres menampilkan 414 penceramah antarabangsa serta menumpukan pada terapi luka tekanan negatif, matriks dermis dan bahan inovatif baharu.

Kongres itu sekali gus menyediakan platform kepada pakar, penyelidik dan pemain industri berkongsi perkembangan terkini dalam penjagaan luka.

Mengulas kepentingan penganjuran kongres itu, Lih Kang berkata, kemajuan penjagaan kesihatan memerlukan kerjasama merentas pelbagai bidang termasuk sains, kepakaran klinikal, penyelidikan, teknologi dan industri.

“Kemajuan penjagaan kesihatan bukan lagi tanggungjawab satu profesion, satu institusi atau sebuah negara. Sebaliknya, ia merupakan usaha bersama yang memerlukan gabungan sains, kepakaran klinikal, penyelidikan, teknologi, inovasi, industri dan paling penting, nilai kemanusiaan,” katanya ketika merasmikan kongres berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata, penganjuran kongres berkenaan turut memberi peluang kepada Malaysia mengetengahkan kepakaran tempatan kepada komuniti antarabangsa, selain membuka ruang kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI), bahan maju, perubatan regeneratif dan kesihatan digital.

Kongres berprestij yang berlangsung secara gabungan dalam talian sehingga 27 September itu turut menampilkan seramai 414 penceramah antarabangsa bagi berkongsi kepakaran, hasil penyelidikan, serta teknologi terkini dalam pencegahan dan pengurusan penjagaan luka.

Antara teknologi yang menjadi tumpuan termasuk terapi luka bertekanan negatif (negative pressure wound therapy), matriks dermis (dermal matrices) dan bahan inovatif baharu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.