KANGAR, 14 Jun - Masyarakat digalakkan mewujudkan suatu komuniti yang mengambil berat kesihatan dan kecergasan untuk kebaikan masa hadapan.
Pengerusi Kebajikan Joggers Perlis, Hashimah Ismail berkata, contohnya seperti Program Jom Sihat Cergas, walaupun aktiviti tersebut nampak bersahaja dan santai, namun terdapat banyak manfaat.
"Tidak ramai yang sedar akan manfaatnya terutama dalam memperkukuh hubungan silaturahim yang erat, menerapkan nilai kesatuan dan kerjasama serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti setempat.
"Di samping itu kesan positif yang lain sudah pasti memberi manfaat kepada kesihatan jantung, meningkatkan kecergasan dan amalan gaya hidup sihat serta aktif sepanjang masa." katanya.
Seramai 100 peserta menyertai Program Jom Sihat Cergas, yang menjadi platform untuk masyarakat pelbagai peringkat usia untuk menghilangkan tekanan.
Selain kekal sihat dengan melakukan aktiviti senamrobik secara santai.
Beliau memaklumkan pada Program Jom Sihat Cergas di Taman Eko Rimba Bukit Ayer di sini.
Program akan dilaksanakan secara berkala sekurang-kurangnya dua kali sebulan agar lebih ramai komuniti setempat berpeluang menyertainya khususnya di kawasan pedalaman.