BUKIT JALIL, 25 Oktober- Gerakan Global Women in Tech (WIT) di Malaysia, bertujuan bagi merapatkan jurang antara jantina serta membantu wanita bagi menerajui industri pendigitalan.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata terdapat banyak peluang bagi golongan wanita untuk melibatkan diri dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI).
"Di Malaysia, kebanyakan golongan belia kita dalam bidang STEM (Sains, Teknologi dan Matematik) di sekolah adalah wanita.
Jadi, sebenarnya kita tidak ada masalah untuk mendapat lebih banyak pakar-pakar wanita yang terlibat di dalam bidang teknologi dan STEM tetapi malangnya, sampai hari ini kita belum mencapai sasaran 59% kadar penyertaan golongan wanita dalam tenaga buruh," kata Teo kepada pemberita ketika program Forum Women in Tech APAC tahunan kali ke-2 yang berlangsung di MRANTI, Hive 5 Bukit Jalil.
Perbincangan itu membentangkan pelbagai pandangan tentang cabaran dan evolusi wanita dalam era digital sambil menangani keperluan untuk memecahkan halangan jantina dalam pelbagai segmen industri.