fb fb fb fb fb

Melaka akan segera pasang butang kecemasan untuk keselamatan pelancong

Kerajaan Melaka akan segera pemasangan lima 'panic button' di sekitar Banda Hilir

BANDA HILIR, 25 Oktober- Kerajaan Negeri Melaka akan menyegerakan pemasangan lima butang kecemasan atau 'panic button' di sekitar Banda Hilir, sebelum pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tahun depan.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, setakat ini hanya tiga butang berkenaan telah dipasang di sekitar Jonker Walk.

Butang kecemasan berkenaan sangat penting bagi memastikan keselamatan pelancong apabila berada di negeri itu.

"Saya mohon pihak PDRM berbincang dengan pihak MBMB untuk mengambil tindakan segera. Saya juga minta menysuarat segera antara PDRM dan MBMB supaya dapat disiapkan sebelum menjelang TMM 2024 berdasarkan peruntuukan yang ada.

"Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, jenayah atau kecurian pelancong orang awam yang berada di lokasi boleh menekan 'panic button' berkenanan," ketika ditemui selepas Tinjauan Mesra Panorama Melaka di sekitar Bandar Hilir di sini.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri itu sedang mengenal pasti papan-papan tanda lusuh di seluruh negeri itu untuk dinaiktaraf bagi persiapan TMM2024.

Selain itu kira-kira RM3 juta diperuntukkan bagi menaik taraf lebih 10 jalan raya di kawasan luar bandar di Melaka membabitkan tiga daerah di negeri itu.

"Jalan di Melaka kebanyakannya sedang dinaik taraf terutama di kawasan luar bandar… Sebenarnya kita tengah buat penyediaan naik taraf ini. Kita akan lihat bajet yang diperuntukkan," katanya.

Dalam pada itu Kerajaan Melaka masih menunggu keputusan tujuh syarikat penerbangan untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam.

Penyelesaian lain akan diambil jika tiada keputusan diperoleh sehingga 30 Oktober ini, bagi memastikan LTAM terus beroperasi.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI