KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan terus menggalakkan model "pertanian pintar" dalam industri pertanian negara, khususnya bagi sektor padi dan kelapa sawit, dalam membantu petani dan peladang mengoptimakan input dan memaksimakan output dalam pengeluaran.
Timbalan Menterinya, Chan Foong Hin berkata, ketika ini kementerianya juga sedang bekerjasama dengan para pemain industri melibatkan tanaman padi mengguna pakai teknologi berteraskan Revolusi Pertanian (IR) 4.0.
Program tersebut juga dilaksanakan di bawah program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) dengan kerjasama Syarikat Peneraju seperti FGV Integrated Farming (FGVIF) di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dan IADA Barat Laut Selangor.
"Komponen lain yang terkandung di dalam model ladang ini adalah termasuk sistem pengurusan ladang yang dilengkapi sistem penderia (sensor), mekanisasi dan automasi perladangan dan unit khas pengukuhan ladang", katanya dalam sesi Dewan Rakyat
"KPKM bekerjasama dengan syarikat FGVIF dalam program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) bagi melaksanakan inisiatif Beras Wangi Fortified Field (3FR), menyediakan perkhidmatan dron pertanian khususnya dalam aktiviti pembajaan dan penyemburan racun melalui pelbagai jabatan dan agensi KPKM.
Beliau menjawab pertanyaan yang dikemukan wakil Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman.