fb fb fb fb fb

Wisma Putra saran OIC bela nasib pendidikan anak pelarian

SEPANG, 5 Oktober- Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) disaran agar menubuhkan yayasan bagi menampung keperluan anak-anak pelarian untuk mendapatkan hak pendidikan yang sewajarnya.

Cadangan itu disuarakan oleh Menteri Luar Negeri,Datuk Seri Saifuddin Abdullah bagi memenuhi segala keperluan termasuk menyediakan kompleks sekolah yang dilengkapi peralatan, pengangkutan serta penginapan selain kurikulum yang bersesuaian bagi menjamin pendidikan berkualiti.

"Kita faham apa yang boleh berlaku kepada sekumpulan orang terutamanya kanak-kanak sekiranya mereka tidak mendapat pendidikan yang berkualiti. Jadi cadangan saya agar OIC dapat fokus pendidikan pelarian, yayasan atau apa juga mekanisme yang boleh diguna pakai sepenuhnya.

Untuk kita melihat semua isu agar kita dapat merangka secara sistematik sekali gus memberi kemudahan dan membangunkan intervensi," kata Saifuddin kepada RTM pada sidang media selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Ke-8 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia IPRC Tetap Bebas di sini, hari ini.

Sehingga Ogos 2022, seramai 5,046 kanak-kanak pelarian di Malaysia telah mendaftar dalam pendidikan rendah manakala 874 lagi terdiri dari kalangan belia pelarian yang mendaftar untuk pendidikan menengah.


(Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC))

Media Baharu