KUALA LUMPUR, 20 Mei- Wisma Putra akan berkongsi perkembangan dari semasa ke semasa berikutan insiden helikopter yang membawa Presiden Iran Seyyed Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Negeri Republik Islam Dr Hossein Amirabdollahian yang dilapor mendarat cemas di kawasan pergunungan di Barat Iran semalam.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu kenyataan berkata, beliau difahamkan misi mencari dan menyelamat masih diteruskan biarpun berdepan cuaca buruk.
Semasa mendapat perkabaran itu, pihaknya dalam perjalanan pulang ke Malaysia daripada rangka kerja di Asia Tengah.
"Doa saya agar semua yang terlibat segera ditemukan dan berada dalam keadaan baik. Semoga khabar menyenangkan menjengah tidak lama lagi," katanya.
Bagaimanapun sebarang perkembangan lanjut mengenai insiden itu akan dimaklumkan melalui laman media sosial rasmi Wisma Putra.