KUALA LUMPUR, 20 Mei- Sebanyak RM750 disumbangkan kepada setiap jemaah haji di negeri Pahang.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan kerajaan negeri turut membekalkan pek makanan kepada jemaah haji terlibat.
"Kerajaan negeri juga telah memberi sumbangan dalam bentuk pek hidangan sedia dimakan (ready to eat) yang boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja."
Nak masak pun senang, hanya tiga minit sahaja," kata Wan Rosdy kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia, pagi tadi di Angkasapuri Kota Media.
Tambah beliau, pek makanan tersebut merupakan bekalan pengubat rindu juadah Malaysia apabila berada di tanah suci.