fb fb fb fb fb

Wilayah Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM13 bilion pada separuh pertama 2022

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Wilayah Iskandar Malaysia mencatatkan pelaburan komited sebanyak RM13 bilion pada separuh pertama tahun ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebanyak RM6 bilion daripadanya telahpun direalisasikan.

Menerusi kenyataannya, beliau berkata jumlah tersebut membuktikan pelabur asing semakin yakin untuk melabur di negara ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempengerusikan mesyuarat IRDA
kali ke-30 bersama Menteri Besar Johor Onn/Foto FB Iskandar Malaysia)

"Lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembangunan pusat data, sekali gus menyediakan lebih 6,000 peluang pekerjaan kepada Keluarga Malaysia", katanya.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) Kali ke-30 bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.

Dalam pada itu, IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhkan agenda Sekuriti Makanan sejajar dengan agenda kerajaan melalui peruntukan Rancangan Malaysia ke-12.

IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembangunan Komprehensif Iskandar Malaysia 2022-2030.

Ia bakal menjadikan wilayah itu sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara berkonsepkan pembangunan mampan dan berdaya tahan.

Media Baharu