fb fb fb fb fb

Gaji minimum: Tiada majikan didakwa setakat ini

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah membuat pemeriksaan berkanun terhadap lebih 20, 452 majikan di seluruh negara, setakat 30 Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata ia bagi memastikan majikan mematuhi pelaksanaan gaji minimum yang berkuat kuasa pada 1 Mei.

"Statistik majikan yang telah mematuhi dan tidak mematuhi Perintah Gaji Minima 2022 masih tidak dapat disediakan berikutan kuat kuasanya perintah tersebut pada 1 Mei 2022.

"Bagi bulan Jun 2022 sahaja sebanyak 3,049 tempat pekerjaan telah diperiksa diseluruh negara.

"Selain daripada itu, JTKSM juga akan menjalankan siasatan sekiranya aduan diterima dari pihak pekerja," katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan daripada Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Bagaimanapun, Saravanan berkata, sehingga kini masih belum ada majikan yang didakwa kerana kesalahan tersebut.

Media Baharu