fb fb fb fb fb

Wan Junaidi optimis RUU lompat parti dikuatkuasa September ini

KUALA LUMPUR, 25 Julai- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2022 mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat dikuatkuasakan mengikut jadual, September ini.

RUU itu yang buat julung kalinya digubal sendiri Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang menerusi Jawatankuasa Pilihan Khas (JKP) Parlimen yang ditubuhkan sebelum ini amat dinanti-nantikan ramai pihak.


(Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar)

Beliau terdahulu mempengerusikan sesi libat urus RUU itu bersama Ahli Parlimen kerajaan, manakala sesi sama bersama Ahli Parlimen pembangkang akan berlangsung esok.

Bercakap dalam sidang media di Parlimen, beliau turut memaklumkan, usul laporan JKP dan RUU itu akan dibahaskan bersekali, namun akan menjalani proses undian berasingan.

"RUU akan dibuat mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan, disokong dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan Ahli Parlimen", katanya.

RUU anti lompat parti dijadual dibentang oleh Perdana Menteri pada Rabu ini dan akan digulung pada hari berikutnya oleh Datuk Seri Dr Wan Junaidi.

Media Baharu