KUALA LUMPUR, 21 April- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir meninjau suasana beli belah saat akhir menjelang Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Beliau menyarankan umat Islam yang menyambut Aidilfitri di seluruh negara agar berhati-hati dengan varian baharu COVID-19 iaitu XBB1.16 atau Arcturus.
Beliau turut menasihati warga kota yang pulang ke kampung halaman supaya fokus ketika memandu bagi mengelak kejadian tidak diingini.
“Kita harus ambil peluang ini untuk pulang ke kampung bersilaturahim dengan ibu bapa dan kaum keluarga tetapi jangan dalam kegembiraan ini, kita leka di jalan raya,” katanya.
(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)
Beliau yang ditemani anak, Nurul Hidayah sempat membeli beberapa keperluan raya seperti kuih muih.
Ahmad Zahid turut meluangkan masa menyantuni peniaga, pengunjung serta beramah mesra sambil berswafoto bersama mereka.