fb fb fb fb fb

Waspada konflik di Asia Barat rakyat Malaysia digesa daftar dengan Kedutaan

Wisma Putra

PUTRAJAYA, 2 Julai - Rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke Asia Barat dinasihatkan sentiasa berwaspada susulan kebimbangan terhadap ketegangan konflik di rantau itu.

Susulan itu, rakyat Malaysia digesa untuk mendaftar dengan Kedutaan Malaysia dalam masa terdekat bagi memudahkan pihak kedutaan untuk memanjangkan bantuan konsular dengan segera sekiranya perlu.

"Kerajaan akan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia terus terpelihara.

"Ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan," menurut kenyataan Wisma Putra pada Selasa.

Wisma Putra turut menyenaraikan pejabat Kedutaan Malaysia di luar negara yang boleh diperoleh melalui laman sesawang Kementerian Luar Negeri di www.kln.gov.my.

Tambah kenyataan itu, Malaysia secara berterusan telah menyeru kepada gencatan senjata di Gaza dan supaya semua pihak yang terlibat untuk meredakan ketegangan supaya situasi ini tidak merebak.

GRACE AISYAH KEDAYAN