fb fb fb fb fb

Wartawan disegani, Raja Nurfatimah meninggal dunia

Allahyarhamah Raja Nurfatimah Mawar

KUALA LUMPUR, 22 Jun- Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar.

Beliau menerusi satu hantaran Facebook, memaklumkan perkara itu atas pemergian allahyarhamah.

"Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Saya berdukacita menerima berita pemergian Raja Nurfatimah Mawar. Saya sampaikan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga Allahyarhamah, serta sahabat handai di BH," menurut hantaran itu.

Menurut Fahmi, Allahyarhamah merupakan seorang pengamal media yang amat disegani, khususnya dalam bidang kewartawanan hiburan.

"Pemergiannya satu kehilangan besar buat dunia kewartawanan tanah air, khususnya dalam lapangan hiburan.

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman," tambah hantaran itu.

Raja Nurfatimah dikenali sebagai wartawan berpengaruh dalam dunia hiburan tanah air dan telah mencurahkan bakti selama puluhan tahun dalam bidang tersebut.

Terdahulu, pembantu rumahnya, Khusnul Khotimah memaklumkan bahawa arwah sudah dua minggu mengadu sakit-sakit badan dan sering meminta ditemani kerana takut tinggal sendirian.

Allahyarham memulakan karier sebagai wartawan sambilan Berita Harian di Biro BH Kuala Terengganu pada usia 18 tahun, sebelum ditawarkan jawatan wartawan Harian Metro (HM).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI