fb fb fb fb fb

'Wartawan cilik' dikunjungi Pengarah APM Kedah



BUKIT SELAMBAU, 6 Februari - 'Wartawan cilik', Muhammad Haziq Mohd Asyraf menerima kunjungan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Kedah (APM) Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub di kediamannya di Kampung Penghulu Tua, Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah .

Turut bersama Komandan CDERT GPMS Kuala Kedah Kapten Bersekutu (PA) Amirul Syahir Musa .

Dalam kunjungan itu, APM Kedah bersama CDERT GPMS Kuala Kedah memberikan sumbangan persekolahan kepada Haziq serta sumbangan wang tunai sebagai pembakar semangat beliau untuk terus menjadi ikon kepada anak muda.

Menurut Leftenan Kolonel ( PA ) Awang Askandar APM Kedah akan membantu Muhammad Haziq dari semasa ke semasa.

Dalam pertemuan kira-kira lebih sejam itu Muhammad Haziq yang pada mulanya kelihatan pendiam, namun perwatakannya berubah selepas ditanya soalan dan diberikan mikrofon serta beraksi sebagai wartawan laporan berita.

Haziq berhasrat untuk menemu ramah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika diberi kesempatan.

Wartawan cilik itu meraih perhatian netizen dan menjadi popular selepas videonya melaporkan tentang penemuan seekor ular sawa di sebuah pasar awam, tular baru-baru ini.

Video tersebut yang dimuat naik di Facebook Putra Mar pada 24 Januari lepas sehingga kini telah menerima sebanyak 1.2 juta tontonan.

Media Baharu