fb fb fb fb fb

Warga JPM perlu jadi contoh kerja dengan jujur dan berintegriti

FOTO FACEBOOK ISMAIL SABRI YAAKOB

PUTRAJAYA, 25 Januari - Pada Majlis Amanat Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Datuk Seri Ismail Sabri mengingatkan warga JPM agar bekerja dengan jujur dan berintegriti, serta mempergiatkan usaha membantu mempromosi konsep Keluarga Malaysia.

Dengan hampir semua dasar negara tertumpu pada JPM, Perdana Menteri berkata, jabatan itu perlu memberi contoh kepada kementerian lain dan rakyat, dalam pelaksanaan dasar kerajaan.

"Dari segi ekonomi, terletak bawah JPM, dari segi keselamatn bawah JPM, pengurusan bencana bawah JPM,semua mata tertumpu pada JPM, kerana hampir keseluruhan terletak bawah JPM negara tertumpu pada JPM sebab itu gerak kerja JPM, kita perlu tunjuk contoh terbaik kepada rakyat, saya harap apa dirancang mesti dilaksana sebaiknya", katanya.

Media Baharu