fb fb fb fb fb

Kesihatan Tun Dr. Mahathir semakin baik, orang ramai tidak perlu bimbang - Marina

 FOTO FB DR. MAHATHIR MOHAMAD

KUALA LUMPUR, 25 Januari - Status kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semakin baik dan menunjukkan peningkatan hari ini.

Anak Ahli Parlimen Langkawi, Datin Paduka Marina menerusi kenyataan media memaklumkan, ayahnya mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).

Katanya, Tun Dr Mahathir turut dimaklumkan mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai.

 “Tun Dr Mahathir bersama-sama keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih,” kata kenyataan itu.

Marina turut memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatan ayahnya yang akan terus mendapatkan rawatan di IJN bawah pengawasan pakar tempatan.

Katanya, buat masa ini pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat kecuali keluarga terdekat.

Sabtu lalu, Marina memaklumkan kesihatan bapanya stabil dan memberi respon baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan pada 8 Januari lalu.

Sehari sebeum itu, Tun Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenarkan keluar dari pusat perubatan itu pada 13 Januari.

Terdahulu, pada 16 Disember lalu, Tun Dr. Mahathir dimasukkan ke pusat rawatan sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Media Baharu