fb fb fb fb fb

Tiada sekatan dikenakan kepada kanak-kanak tidak divaksin

KUALA LUMPUR, 25 Januari - Kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun yang tidak mendapat vaksin COVID-19.

Menerusi ciapan terkini di Twitter, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata golongan itu tidak akan disekat seperti golongan dewasa yang tidak divaksin, kerana Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), adalah tidak wajib.

Ibu bapa digalakkan untuk mendaftarkan anak masing-masing di aplikasi MySejahtera (MySJ), demi melindungi mereka daripada COVID-19.

Minggu lepas, Khairy memaklumkan sistem tempahan janji temu pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySJ akan dibuka pada akhir bulan ini, bermula di Lembah Klang dahulu.

Melalui inisiatif itu, Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 70% kanak-kanak lima hingga bawah 12 tahun dalam sistem pendidikan, dapat diberikan dos satu vaksin Pfizer dalam tempoh dua bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Febuari, dan 80% akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.

KKM ketika ini mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, yang antara lain ialah kebenaran makan di restoran.

Media Baharu