fb fb fb fb fb

Warga IKBN Kuala Perlis terima dos penggalak

KUALA PERLIS, 26 Februari - 210 kakitangan dan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Perlis menerima suntikan dos penggalak COVID-19.

Program dilaksana dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Pengarah IKBN Kuala Perlis, Zurihanmi Zakariya berkata, pemberian dos penggalak penting berikutan peningkatan kes COVID-19 di Perlis yang merekodkan kes harian tertinggi semalam iaitu 304 kes.

(Zurihanmi Zakariya ketika ditemu bual RTM dalam program suntikan dos penggalak COVID-19 oleh kakitangan IKBN)

"Bagi memastikan keseluruhan ekosistem di IKBN Kuala Perlis ini menerima vaksin yang lengkap termasuk dos penggalak untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, seluruh negara pada hari ini berlakunya peningkatan kes COVID-19 disebabkan varian Omicron.

"Disebabkan itu, kita mengambil langkah pencegahan awal di peringkat IKBN Kuala Perlis ini", katanya.

Suntikan dos penggalak mendapat sambutan daripada semua pelajar semester 1 hingga 4.

Buat masa ini keutamaan diberi kepada pelajar semester 4.

Bagi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Kuala Perlis, Mohd Haikal Dainiel, suntikan dos dapat memastikan diri dan keluarga kekal sihat.

"Famili menggalakkan supaya lindungi diri sebab adik-beradik pun semua sudah mengambil dos penggalak. Saya memang bersungguh nak ambil dos penggalak," kata seorang lagi pelajar, Nur Qistinanatasha Mohd Razfi.

" Saya menasihati semua, perlu ambil vaksin dos penggalak ini untuk melindungi diri daripada jangkitan COVID-19," kata Noviena A/p David.

Setakat ini, hanya 35.3 peratus atau 64,321 individu berusia 18 tahun ke atas di Perlis telah menerima suntikan dos penggalak.

Media Baharu