fb fb fb fb fb

Isu tukar agama 3 beradik: Perbincangan cari penyelesaian, Rabu depan

TAIPING, 26 Februari - Perbincangan meja bulat bakal diadakan susulan kes penukaran agama sebelah pihak membabitkan tiga orang anak ibu tunggal, Loh Siew Hong.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata perbincangan akan disertai golongan pakar termasuk mufti.

(Datuk Idris Ahmad berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2021/BERNAMA)

"Hari Rabu malam Khamis nanti akan buat perbincangan meja bulat panggil pakar undang-undang, pensyarah beberapa orang mufti cari perbincangan dan penyelesaian," kata Idris selepas majlis penyampaian sumbangan kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2021, di sini.

Isnin lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan tiga adik-beradik itu yang dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat diserahkan segera kepada Loh selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkannya.

 

Media Baharu