fb fb fb fb fb

Hampir 80,000 pelajar dapat pengecualian bayaran balik PTPTN

BATU PAHAT, 26 Februari - Seramai 79,873 pelajar layak menerima pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan peruntukan RM2.06 bilion sehingga 31 Januari 2022.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, 11,287 daripada penerima pengecualian ialah pelajar dari negeri Johor dengan peruntukan keseluruhan RM294 juta.

Pengecualian bayaran balik pinjaman diberi kepada peminjam daripada kategori keluarga B40 dan M40 yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama.

"Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dalam membantu Keluarga Malaysia mendapat akses kepada pendidikan tinggi dan meringankan beban kewangan semasa pandemik COVID-19," Noraini berkata demikian ketika menyampaikan surat Kelulusan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada dua penerima di kediaman masing-masing di sini.

(Datuk Seri Dr Noraini menyampaikan surat Kelulusan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada Sayyida Aisya Azira)

"Saya nak berterima kasih dengan PTPTN sebab beri peluang untuk melanjutkan pelajaran dengan keadaan ekonomi sekarang. Saya juga nak berterima kasih kepada Kementerian Pelajaran Tinggi atas inisiatif mereka," kata lepasan UiTM Shah Alam, Sayyida Aisya Azira Hady Purnama.

(Datuk Seri Dr Noraini menyampaikan surat Kelulusan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada  Aisyah Hanis)

"Bagi saya sangat membantu apabila boleh tukar jadi biasiswa. Jadi macam sekarang pun saya masih belum bekerja, jadinya boleh kurangkan sikit bebanan ibu ayah untuk tolong sementara saya menunggu kerja," kata bekas pelajar UIAM Kampus Kuantan, Aisyah Hanis Abdul Majid.

Media Baharu