fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sarawak - Met Malaysia

FOTO Met Malaysia

PETALING JAYA, 26 Februari - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri Sarawak hingga pukul 2.00 pagi Sabtu, 26 Februari.

Bahagian yang terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Kapit (Belaga) dan Bintulu.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan.

Media Baharu