fb fb fb fb fb

BANJIR TERENGGANU: 30 PPS dibuka tempatkan lebih 1,500 penduduk terjejas

KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Jumlah penduduk yang terjejas akibat banjir di Terengganu sedikit meningkat berbanding 8 malam tadi.

Berdasarkan kemas kini Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, sehingga pukul 10 malam tadi bilangan penduduk terjejas dilaporkan meningkat daripada 1,237 kepada 1,533.

432 keluarga ditempatkan di 30 pusat pemindahan sementara (PPS).

Kemaman merekodkan jumlah tertinggi seramai 847 penduduk.

Mereka ditempatkan di 15 PPS.

Daerah Hulu Terengganu turut melaporkan peningkatan dengan 387 penduduk terjejas ditempatkan di 5 PPS.

Di daerah Setiu pula 4 PPS dibuka, menempatkan 162 penduduk.

Manakala di Daerah Besut, 101 penduduk ditempatkan di 4 PPS.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui laman web rasminya melaporkan tiga sungai melepasi paras bahaya di daerah Kemaman iaitu Sungai Tebak setinggi 19.41meter, berbanding paras bahaya 18.5 meter.

Manakala Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih14.54 meter, iaitu 0.54 lebih tinggi daripada paras bahaya.

Media Baharu