fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: tujuh PPS dibuka menempatkan 345 penduduk terjejas

KEMAMAN, 25 Februari- Hujan lebat yang berterusan sejak dua hari lalu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Kemaman Terengganu dilanda banjir sedalam antara 0.5 hingga satu meter sejak pagi tadi.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Teladas, Air Putih, Dadong, Padang Kubu, Kampung Tebak, Kampung Batu 16, Padang Kemunting dan Jabor Perasing.

Sehingga pukul lima petang tadi, seramai 345 penduduk daripada 100 keluarga di kawasan terjejas dipindahkan ke tujuh buah Pusat Permindahan Sementara (PPS).

Tujuh buah PPS terlibat adalah PPS Dewan Sivik Air Putih (50 orang), Dewan Orang Ramai Kampung Teladas (191 orang) dan Balai Raya Padang Kubu (79 orang).

PPS lain ialah di Masjid Kampung Dadong, SK Lembah Jabor, Balairaya Kampung Padang Kemunting dan Sekolah Kebangsaan Air Putih.

Beberapa kawasan jalan dari Chukai ke Air Putih turut ditutup kepada kepada semua kenderaan iaitu di Kampung Batu 14 dan di Kampung Dadong.

Sementara itu, keadaan paras air di beberapa batang sungai utama di daerah Kemaman turut dilaporkan berada dalam keadaan trend menaik ekoran masih hujan.

Penduduk yang tinggal di kawasan rendah turut diminta berwaspada kemungkinan berlaku banjir di kawasan itu.

Media Baharu