fb fb fb fb fb

Amaran cuaca buruk, pemantauan berterusan dilakukan di kawasan berisiko hakisan

KUALA NERUS, 26 Februari - Amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia yang dijangka berlarutan sehingga 28 Februari ini boleh mengakibatkan hakisan teruk di kawasan pantai berisiko di beberapa daerah di Terengganu.

Pegawai Pertahanan Awam Kuala Nerus, Kapten (PA) Zahidi Zainuddin berkata, agensi tersebut akan menjalankan rondaan secara berterusan sepanjang tempoh
itu.

(Kapten (PA) Zahidi Zainuddin menasihati orang ramai  selepas meninjau keadaan pantai di Mengabang Telipot)

Tindakan dibuat bagi menjamin keselamatan orang awam dan penduduk di sekitar pantai agar segera berpindah jika keadaan semakin buruk.

24 anggota ditugaskan bagi memantau setiap 4 jam.

"Kepada orang ramai sama ada penduduk yang berdekatan di kawasan berisiko ataupun sebagainya saya menasihatkan orang awam untuk tidak menghampiri atau menjauhi kawasan yang berisiko untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, " Kapten (PA) Zahidi Zainuddin ditemui ketika meninjau keadaan pantai di Mengabang Telipot, di sini.

Dijangka kelajuan angin boleh mencecah 60 kilometer sejam dengan ketinggian ombak boleh mencecah sehingga 4.5 meter sepanjang tempoh tersebut.

 

Media Baharu