(Anggota bomba membuka pintu rumah mangsa yang berkunci)
MUAR, 25 April- Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Perdana, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner (ACP) Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian pada pukul 10.47 malam.
Raiz berkata, mangsa, 75, yang tinggal sendirian itu dipercayai sudah lama meninggal dunia.
Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut menerusi anak saudara mangsa yang terhidu bau busuk dari dalam kediaman itu.
Hasil siasatan awal mendapati tiada kesan atau unsur jenayah dijumpakan pada mayat atau lokasi.
Kali terakhir mangsa yang menghidap penyakit prostat menerima rawatan pada 11 Disember lepas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini kerana kekurangan darah.
Raiz berkata, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh hubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Muar di talian 06-9526001.
(ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz)