fb fb fb fb fb

Elak keluar rumah sekiranya tiada keperluan

JOHOR BAHRU, 25 April- Jerebu boleh menyebabkan gejala seperti Influenza-Like-Illness (ILI) iaitu batuk, sakit tekak dan hidung berair tanpa demam.

Jerebu juga boleh menyebabkan sukar bernafas, sakit dada, mata pedih dan berair serta kulit gatal.

Justeru, Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor Ling Tian Soon menyarankan individu supaya, "elakkan keluar rumah jika tiada keperluan, memastikan udara dalam rumah bersih daripada pencemaran udara selain minum air kosong dengan banyak."

Mereka yang bergejala semakin teruk perlu segera mendapatkan rawatan.

Individu turut disaran mengamalkan etika batuk atau bersin yang baik, elak kawasan padat dan digalak mendapat pelalian vaksinasi influenza.

Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan negeri akan terus memantau situasi dan tren kes-kes penyakit berkaitan jerebu.

(Keadaan jerebu di Johor)

Media Baharu