fb fb fb fb fb

Warga emas maut rempuh lorong tol

Foto JBPM Selangor

KUALA LUMPUR, 5 November- Dua individu maut, selepas kenderaan dinaiki merempuh pembahagi lorong tol di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Seremban.

Menerusi kenyataan Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua individu berusia 65 tahun itu, meninggal dunia.

“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan ke lokasi insiden selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.42 pagi.

Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Trainee2