fb fb fb fb fb

Warga emas maut, rakan terselamat kejadian bot terbalik

GUA MUSANG, 22 Oktober- Seorang warga emas maut manakala seorang lagi terselamat selamat bot pancung yang dinaiki mereka terbalik di Sungai Nenggiri, Kampung Star, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, Mohd Aziz Ismail, 65, ditemukan lemas selepas bot pancung yang dinaikinya bersama seorang rakan terbalik ketika keluar mencari ikan sungai.

Menurut ahli keluarga mangsa, hasrat warga emas itu ingin membeli susu tepung khas buat isterinya dengan hasil duit jualan ikan sungai tidak kesampaian apabila bot pancung yang dinaikinya terbalik.

Menurut adik mangsa Zulkifli Sidek, berlaku gelombnag ketika mangsa menaiki bot tersebut, "bot berpusing, motor bot terkena batu, jadi bot terus terbalik.

"Kawan saya kata pegang banag saya, tetapi tak lepas. Masa kejadian, mangsa masih sedar lagi, namun lepas panggil dia tidak menjawab, tidak menyahut katanya."

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian bot terbalik di Kampung Star kira-kira pukul 12.26 tengah hari.

Siasatan awal mendapati seorang pekerja kilang pasir terdengar suara orang meminta tolong dari arah sungai.

Hasil pemeriksaan anggota kesihatan mengesahkan warga emas itu meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa.

(Zulkifli Sidek)

Media Baharu