fb fb fb fb fb

Anwar akan ke Kaherah, lawatan kerja dua hari

KAHERAH, 22 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Kaherah untuk lawatan kerja dua hari di Mesir selepas bertemu dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istanbul.
 
Pesawat yang membawa perdana menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pukul 6.00 petang waktu tempatan. 

Dalam lawatan sulung anwar ke Mesir, beliau dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama mahasiswa dan rakyat Malaysia di Mesir.
 
Seterusnya pada Isnin Anwar dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi, sebelum bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar, Prof Dr Sheikh Ahmed Mohamed Ahmed El-Tayeb.
 
Fokus kunjungan itu bagi membincangkan perkara berhubung pertempuran yang semakin meningkat di semenanjung Gaza selain membincangkan pembukaan koridor kemanusiaan bagi penyaluran bantuan terutama makanan, minuman dan perubatan melalui pintu sempadan Rafah. 

Walaupun sempadan Rafah sudah dibuka bagi memberi laluan kepada bantuan kemanusiaan pertama masuk ke Gaza, namun Anwar sebelum ini menegaskan tekanan perlu dilakukan berikutan keengganan beberapa negara eropah menyuarakan bantahan supaya keganasan berterusan di Gaza dihentikan.

(Bantuan mula memasuki ke kawasan Gaza)

Media Baharu